'Kau Bagi Den RM50, InshaAllah Allah Makbulkan Doa Kau Sekelip Mata' - Samad

'Kau Bagi Den RM50, InshaAllah Allah Makbulkan Doa Kau Sekelip Mata' - Samad

Semasa aku post 'Siapa nak tahu bagaimana RM50 bertukar menjadi RM50,000 dalam 1 malam', ramai yang mesej melalui Facebook bertanya bagaimana nak melakukannya. Tersembur air kopi aku. Kau orang hadamkan kisah Samad ini.



Yang kepala botak ini namanya Samad atau nama best Samad Khan, menetap di Tampin. Semua orang mungkin mengenali Samad kerana dia boleh dikategorikan sebagai tidak normal. Gila dan mempunyai surat pengesahan. Menari di depan orang ramai sememangnya hobi Samad. 'Paw' duit orang pun memang hobi dia juga.

Difahamkan, Samad menjadi gila selepas terlibat dalam kemalangan. Samad sebelum itu juga dikatakan suka berjudi. Disebabkan Allah sayangkan dia, Allah tarik nikmatnya. Allah jadikan dia menjadi gila.

Itu katanya. Jadi apa kisahnya?

Samad suka meminta duit orang. Hari ini aku nak bercerita, bukan cerita yang aku ini banyak duit ke, pemurah ke, cuma aku nak semua pandang dari sudut yang berbeza.

Kalau tidak silap, pada tahun 2011 ketika aku sibuk dengan tugasan merakam gambar orang berkahwin, ada sekali itu aku keluar dari rumah seawal jam 6.50 pagi. Aku pergi ke CIMB bank. Sedang aku beratur nak mengeluarkan duit, aku ternampak Samad masuk. Dia terus meluru ke arah seorang pakcik yang berketayap berkain pelekat, berbaju Melayu, yang mungkin baru balik dari masjid.

"Cik, nak duit ringgit?!" kata Samad.

"Kau tubuh badan sihat, kerjalah! Minta-minta dengan orang pula!" balas lelaki itu dengan nada menengking.

Aku terus geram, terus berkata pada pakcik itu.

"Pakcik! Kalau tak nak bagi tak payah tengking-tengking. Kan orang itu gila! Siapa nak ambil orang gila bekerja!" kata aku lalu menghulur RM10 pada Samad dan berlalu pergi.

Aku selalu dengar, orang gila ini kalau berdoa, tiada hijab. Samad pun selalu cakap.

"Orang gila tak payah sembahyang. Orang gila ini tak boleh berfikir dengan betul," katanya.

Samad kalau selalu terjumpa dengan aku, dia akan selalu menjerit,

"Orang kaya! Orang kaya!"

Dulu aku pun rasa semacam juga. Pernah aku marah dia bila dia panggil aku begitu. Tetapi sekarang aku selalu suruh dia panggil aku orang kaya.

Nak dijadikan cerita, aku baru balik dari Kuala Lumpur menghantar stok yang bernilai RM10,000. Sampai sahaja di Tampin, aku singgah minum di sebuah kedai mamak. Datanglah Samad dengan jeritannya, 'Orang Kaya!'. Sudahlah pada ketika itu kedai penuh dan semua orang pandang.

"Damn!"

Aku terus suruh Samad duduk, suruh dia makan supaya dia diam. Kalau tak, dia akan membebel saja kerjanya.

Sementara menunggu makanannya, dia pun membuka kata.

"Bang, kau bagi den RM50, inshaAllah Allah makbulkan doa kau dalam sekelip mata. Tiga hari lepas, ada orang bagi aku RM50, hari ini dia dapat kontrak plantation," katanya.

"Kau jangan ugut aku Mad!" balasku.

Aku pun hulur sebab Samad memang selalu dapat. Kalau tak bagi, rasa bersalah pada diri sendiri.

"Kau nak apa bang? Aku doa tak ada hijab," tanya dia dalam masa yang sama mengugut aku lagi.

Aku pun memberitahu dia apa yang aku mahukan. Memang ajaib! Kuasa Allah, siapa boleh tahu?! Selepas aku bagi Samad RM50, aku mendapat panggilan.

"Tolong hantar barang sekarang boleh? Saya nak 5,000 unit," kata orang itu.

"Hantar sekarang, esok saya tiada. Cash ready!" katanya lagi yang ketika itu jam 1 pagi.

Aku terkejut! Doa Samad didengari!

Sejak dari hari itu, setiap hari order memang banyak sampai terputus stok. France, Taiwan, Dubai, UK, Hongkong, Thailand pun pukul sekali! Betapa besar nikmat sedekah dan betapa mulianya orang istimewa ini berbanding kita.

Hari ini ramai orang yang berkelakuan biadab dengan orang gila. Orang gila ini gila, kau jangan lebih dari orang gila.

Semenjak aku ada rezeki lebih, Allah selalu hantar orang-orang gila, gelandangan, orang susah dan ramai lagi jenis-jenis orang yang datang berjumpa dengan aku. Walhal pada masa itu aku memang tidak punya apa-apa dulu, tak ada pula mereka muncul.

Selalu aku terdetik, bukan saja-saja Allah hantarkan mereka ini, Allah mahu menguji aku.

Samad juga ada berpesan, doa yang paling makbul bukan doa aku tetapi doa ibu aku. Dapat RM300,000, beri ibu RM10,000. Samad memang, kalau bersembang memang ratus-ratus juta.

"Biar ibu seronok. Doa ibu yang paling makbul tau," kata Samad.

Apa pun, syukur Alhamdulillah. Bak kata Samad, itu semua dengan izin Allah. Ya, Allah punya kerja, Samad tiada apa-apa pun. Ayuh kita bersedekah, bukan kerana kita banyak duit tetapi kerana sedekah penyuci harta.

Aku bukan nak berlagak apatah lagi riak. Bukankah benda yang baik harus dikongsi? Mohon kongsikan perkongsian ini jika anda rasa ianya bermanfaat. Kongsi cerita juga boleh mendapat syer bai! - Mohd Shariffuddin.


Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services. Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component. Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods). Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees. When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties. Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "'Kau Bagi Den RM50, InshaAllah Allah Makbulkan Doa Kau Sekelip Mata' - Samad"

Post a Comment