LAKONAN ANUAR ZAIN DALAM MUZIK VIDEO ANDAINYA TAKDIR, UNDANG AIR MATA

LAKONAN ANUAR ZAIN DALAM MUZIK VIDEO ANDAINYA TAKDIR, UNDANG AIR MATA



Lakonan Anuar Zain Dalam Muzik Video Andainya Takdir Undang Air Mata

Muzik video lagu terbaru Anuar Zain berjudul Andainya Takdir sudah dilancarkan mula di laman sosial YouTube bermula 22 September.

Klip video tersebut turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.

Ketika majlis pelancaran album kelima berjudul Anuar Zain baru-baru ini juga, klip video tersebut pertama kali dipertontonkan kepada rakan-rakan media dan blogger termasuk rakan-rakan rapat serta penaja.

Menariknya, klip video arahan Amor Rizan telah menjentik emosi sehingga hadirin menitiskan air mata.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, klip video tersebut mengambil masa empat hari untuk disiapkan.

“Saya ‘enjoy’ sepanjang penggambaran klip video bersama Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis kerana mereka banyak membantu saya merealisasikan watak.

“Saya sendiri tidak sangka pelakon hebat dan ternama seperi mereka sudi untuk menjayakan muzik video Andainya Takdir,” katanya kepada Astro Gempak.

 

Bagaimanapun Anuar mengaku tidak akan kembali ke bidang lakonan walaupun pernah berlakon dalam filem Bintang Hati arahan Aziz M.Osman, 12 tahun lalu.

“Saya mahu fokus menyanyi. Saya rasa saya bukan pelakon kerana ketika menjalani penggambaran Andainya Takdir pun saya dah terbawa-bawa watak emosi dalam muzik video tersebut.

“Dua-tiga hari juga saya emosi dek penangan Andainya Takdir. Bayangkanlah kalau saya berlakon drama atau filem,” ujarnya ketawa.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album baharunya itu di Hotel Le Meridien, pada Isnin.

Bercakap mengenai album terbarunya, Anuar berkata dia cukup bertuah apabila dibantu dengan beberapa tajaan daripada syarikat korporat termasuk Wonder Glow, Mydin, Skin Glow, ERM dan Cuisine Inspire.
Menurut Anuar, album kelimanya menelan belanja termahal yang pernah dihasilkan iaitu mencecah ratusan ribu ringgit.

“Kos tersebut melibatkan proses pembikinan lagu, termasuk penghasilan kulit album yang eksklusif dan boleh dikatakan ini adalah album termahal saya.

"Antara kos terbesar ialah dari pembikinan lagu itu dibuat secara teliti dan sesi fotografi menggunakan helikopter bagi mendapatkan gambar eksklusif untuk kulit album ini," ujarnya.

Album tersebut memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Para peminat boleh mendapatkan album terbaru Anuar dijangka dipasarkan awal bulan depan di gedung Mydin seluruh Malaysia selain melalui talian di www.lazada.com

Tempahan awal bagi album Anuar Zain boleh dibuat menerusi Lazada bermula 23  sehingga 30 September dan 100 yang terawal akan mendapat tanda tangan ekslusif Anuar sendiri.


Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services. Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component. Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods). Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees. When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties. Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "LAKONAN ANUAR ZAIN DALAM MUZIK VIDEO ANDAINYA TAKDIR, UNDANG AIR MATA"

Post a Comment