ZAHIRIL ADZIM PAKAI ALAT BANTUAN UNTUK JADI PEKAK

ZAHIRIL ADZIM PAKAI ALAT BANTUAN UNTUK JADI PEKAK


Zahiril Adzim Pakai Alat Bantuan Untuk Jadi Pekak


Pelakon Zahiril Adzim akui memakai sejenis alat bantuan untuk menjadikan dirinya pekak.

Menurut pelakon berusia 30 tahun ini, alat tersebut menghasilkan bunyi dengung dan membantunya untuk melakonkan watak sebagai orang kurang upaya (pekak) dengan lebih baik.

“Untuk dapatkan feel lakonan saya ada memakai satu alat bantuan yang menghasilkan bunyi dengung kalau tak silap hampir dua minggu.

“Sebenarnya alat itu dicadangkan sendiri oleh pengarah selepas saya berbual dengannya mengenai cara untuk menghayati watak Uda dengan lebih baik.

“Bila pakai, benda yang saya dengar hanyalah bunyi itu. Saya pakai tak kira masa termasuklah di rumah, kedai makan dan dalam kereta. Sampaikan bila waktu malam baru saya buka.

“Pada mulanya memang saya takut tapi kalau alat tersebut dapat bantu untuk lakonkan watak lebih baik, jadi saya beranikan diri untuk cuba.

“Tapi saya syukur sebab alat tersebut tak mendatangkan kesan buruk pada saya, cuma bila dah selalu sangat tak dengar apa-apa kecuali bunyi itu, saya jadi kekok pula.

“Bila buka saya akan terdengar bunyi-bunyi yang saya tak suka seperti orang bergaduh dan mencarut.

“Setiap makhluk yang tuhan ciptakan ada hikmahnya dan salah satunya adalah orang pekak kerana mereka tak payah nak dengar benda-benda yang tidak elok,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Selain alat bantuan tersebut, Zahiril juga memberitahu membuat rujukan mengenai watak Uda melalui bapanya.

“Secara jujurnya saya gembira bila ditawarkan watak ini dan orang pertama saya cari adalah bapa saya kerana dia merupakan guru pendidikan khas.

“Semangat betul saya bila jumpa bapa dan minta dia ajarkan bahasa isyarat paling mudah yang sering digunakan dalam kehidupan harian.

“Namun selepas dapat tahu ‘Uda’ tak memerlukan bahasa insyarat, kerana watak ini nak tunjukkan yang dia boleh hidup seperti orang biasa, saya sedikit kecewa.

“Kalau boleh saya nak berikan sumbangkan apa yang dah diajarkan oleh bapa saya ke dalam filem ini.

“Tapi nak buat macam mana, Uda hanya menggunakan bahasa insyarat yang semua orang faham seperti duit dan gerakan badan.

“Tak apalah… Tapi sebenarnya saya ada tunjukkan bahasa Isyarat betul secara curi-curi di babak-babak tertentu tanpa pengetahuan pengarah.

“Lagi satu saya dah terbiasa baca gerakan mulut sejak belakon filem ini jadi bila dah habis penggambaran, habit itu masih ada dan bila bercakap secara tidak langsung saya akan pandang terus ke mulut untuk lihat apa yang orang tu cakap,” ujarnya ketawa.

Dalam perkembangan lain, filem Pekak baru saja merangkul dua anugerah utama pada International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMF) di Restv-on-Don, Russia.

Dua trofi tersebut diraih menerusi lakonan Zahiril dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik manakala pengarahnya Mohd Khairul berjaya menggondol anugerah menerusi kategori Skrip Terbaik.

Pekak sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 September 2016.

Selain Zahiril, filem ini turut dibintangi oleh Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Iedil Putra, Amerul Affendi dan Joe Flizzow.


Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services. Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component. Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods). Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees. When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties. Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "ZAHIRIL ADZIM PAKAI ALAT BANTUAN UNTUK JADI PEKAK"

Post a Comment