Allahu beratnya dugaan kau adikku...Terkilan dengan kecuaian manusia yang di panggil DOKTOR!

Allahu beratnya dugaan kau adikku.
Terkilan dengan kecuaian manusia yang di panggil DOKTOR!

Saya menulis bukan kerana saya menolak takdir dan ketentuan Illahi. Tetapi sebagai manusia biasa, saya terkilan. Terkilan dengan kecuaian manusia yang di panggil DOKTOR!


Adik saya, sepatutnya bersalin pada 30 Ogos 2016, tetapi sudah ditakdirkan Allah SWT, bayi overdue dan dia sepatutnya dimasukkan ke wad hari ini 8 September 2016.

Bukan itu yang buat saya terkilan dan kecewa. Saya kecewa dengan pengurusan di PAC HOSPITAL AMPANG.

Sepanjang tempoh seminggu overdue, adik saya berulang-alik ke hospital kerana sakit perut. Tapi macam biasa, DOKTOR cakap "baliklah dulu, nanti kalau ada tanda-tanda seperti keluar lendir dan darah, air ketuban pecah atau darah, barulah puan datang sini.."

Saya kira, adalah enam hingga tujuh kali adik saya berulang ke PAC Hospital Ampang dalam tempoh tersebut.

Tetapi sangat menyedihkan kerana doktor hanya menyuruh adik saya pulang walaupun adik saya mengadu sudah sakit kuat dan ada lendir keluar (salah satu tanda bersalin). Tindakan doktor, hanya suruh adik saya pulang dan tunggu darah penuh satu 'pad' atau air ketuban pecah baru datang balik.
Alasan: Show Biasa.

Siapalah kita untuk melawan kata DOKTOR yang sangat berpengetahuan dalam bidang ini kan? Adik saya ulang lagi ke PAC selepas ada sesuatu yang kelihatan seperti tali pusat keluar. Tapi, perkara sama; disuruh pulang dan normal. Mereka masih mengharapkan darah satu pad dan ketuban pecah barulah adik saya akan ditahan diwad.

Terkini, pada Selasa lepas adik saya sekali lagi ke PAC HOSPITAL AMPANG, kerana sakit kuat dan keluar lendir tetapi dia disuruh pulang. Kata doktor, tanda biasa, bayi normal.

Saya sudah mula rasa tidak kena kerana saya dahulu pun overdue tetapi bila ada bukaan 2cm saya terus ditahan diwad! Tapi kenapa adik saya tidak walaupun tanda-tanda sudah ada?

Bukankah sepatutnya dia dipantau? Saya juga tertanya-tanya adakah DOKTOR yang bertugas tidak memeriksa degupan jantung bayi pada malam tersebut?

Aneh.
Tetapi, kami telan.
Maklumlah merekakan DOKTOR!

Hari ini, jam 10 pagi ketika saya sedang bersiap ke pejabat, Emak saya menerima panggilan telefon dari hospital selepas saya kira satu jam pulang dari menghantar adik saya ke wad!

"Puan, ada masalah dengan bayi. Degupan jantung dah tak ada!"

Allahu..semudah itu? Tidak bernilaikah nyawa kepada kalian?

Di hospital, Doktor pakar pula tertanya-tanya mengapa adik saya tidak dimasukkan ke wad lebih awal selepas dia datang ke PAC dan ada tanda-tanda bersalin ditunjukkan?

Dan mengapa sehingga ke saat ini keluarga saya iaitu emak dan abah saya yang berada di hospital menemani adik saya tidak diberi keterangan langsung oleh pihak hospital tentang sebab kematian cucu mereka?

Saya terima qada dan qadar Allah, tetapi saya minta pihak hospital AMPANG lebih bertanggung jawab dengan memberi keterangan tentang kematian bayi adik saya!

Jangan jadi bacul dan duduk diam!
Kami perlukan penjelasan. Kami mahu tahu bila bayi tersebut meninggal dunia? Sebab kematian? Kenapa adik saya disuruh pulang walaupun tanda-tanda bersalin dah ada? Bukankah dia sepatutnya dipantau kerana dia overdue? Saya tidak pasti DOKTOR di PAC HOSPITAL AMPANG (yang bertugas kendalikan adik saya) sedar atau tidak tentang tanda-tanda sebelum kelahiran? Mahu tunggu ketuban pecah? Darah penuh pad? Saya sendiri, kedua-dua anak doktor yang pecahkan ketuban! Lendir bercampur darah yang keluar dari rahim adik saya dan kesakitan yang dia alami itu, bukaan salah satu dari tanda kelahiran?

Oh ya! Lupa pula saya nak ceritakan..
Doktor yang meminta adik saya pulang beberapa hari lepas (selasa) ada di hospital pagi tadi.
Ambil darah adik saya, tetapi tidak isi borang. Dan akhirnya doktor lain pula terpaksa ambil darah adik saya sekali lagi. Cuainya awak wahai DOKTOR!

Agaknya masih terkejut selepas doktor pakar beritahu bayi dah meninggal dunia!

Kepada adik saya, Siti Norhazlinda Kamarudin dan suami kalian sangat tabah ketika menerima berita ini.

Linda adikku walaupun yang diteran nanti hanyalah jasad tanpa nyawa, kuat dan bertahanlah sayang.

Along doakan Linda sembuh dari demam (adik saya demam secara tiba-tiba dengan suhu 38 darjah) untuk 'push' baby keluar dari rahim sucimu dik.

Innalillahiwainnaillahirojiun,
Damailah wahai anak syurga.

Kecewa,
Siti Nor Hafiza Kamarudin
Bukan seorang DOKTOR



Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services. Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component. Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods). Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees. When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties. Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "Allahu beratnya dugaan kau adikku...Terkilan dengan kecuaian manusia yang di panggil DOKTOR!"

Post a Comment