Lelaki Ini Ditegur Rakan Sekerja Kerana Terlibat Dalam Pengiklanan Arak. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Amat BERMAKNA !!!
| Di dalam hidup yang serba mencabar kini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi semakin rumit dan sengit. Perkara ini kadangkala membuatkan kita lupa untuk mengambil kira soal keberkatan rezeki yang diperolehi.
Seperti yang dikongsi lelaki ini, pernah bekerja di syarikat pengiklanan sebagai Advertising Sales Executive. Antara pelanggan terbesarnya ialah syarikat pengeluar arak. Dan teguran rakan nya yang bukan Islam menyedarkannya bahawa….
‘Kamu boleh kerja dalam penjualan arak meh?’
[Kita Rasa Kita Tahu Tetapi Tak Faham Lagi Rupanya]Banyak perkara yang kita rasa kita tahu tetapi rupa-rupanya kita masih tak faham. Pada tahun 2007, saya bekerja untuk sebuah majalah berbahasa Cina sebagai Advertising Sales Executive. Waktu itu saya dah Muslim. Pelanggan saya ketika itu seperti Hotlink, Digi, Cres Wellness, Pensonic, Jack’s Daniel, Johnny Walker & Hennessy. Ya pelanggan saya terdiri daripada syarikat arak dan merekalah pelanggan terbesar saya.Suatu hari, sahabat sekerja saya yang telah kami berkenalan sejak sekolah rendah iaitu Alex Sue bertanya kepada saya,‘Eh bro. Kamu boleh terlibat dalam penjualan iklan arak meh? Bukan dalam Islam kamu tak boleh terlibat ke?’Saya menjawab; ‘Eh, kenapa tak boleh pula? Saya bukannya minum pun. Customer semua respect saya sebagai Muslim dan bila mereka nampak saya hadir event mereka, mereka akan offer air oren atau Coke. Rasanya takde masalah.’
Dia menyambung; ‘You check betul-betul la. Saya tanya aje mana tahu tak boleh. Kamu Muslim nak cari rezeki untuk anak dan isteri mana boleh duit haram.’ Saya menjawab; ‘InshaAllah halal punya.’
Saya menemui seorang ustaz dan jawapannya…
Walaupun saya menjawab tiada masalah tetapi saya kurang pasti. Jawapan saya yang menggunakan rasanya menandakan saya kurang pasti. Saya menemui seorang imam masjid setelah selesai solat dan jawapannya haram. Walaupun saya tidak minum tetapi syarikat arak itu mempromosi arak mereka jadi mana boleh kita terlibat dalam mempromosi benda yang haram. Ustaz yang kedua dan ketiga juga kata haram tetapi mereka sepakat kata,‘Islam tak menyusahkan kita. Firdaus ada isteri dan anak perlu ditanggung jadi Firdaus cari kerja lain dulu dan jangan berhenti. Usaha mencari kerja perlu. Lepas dah dapat kerja yang halal barulah berhenti’Keesokkan harinya saya tidak sabar-sabar memberitahu bos saya bahawa saya nak berhenti tetapi minta ihsan iaitu saya akan berhenti hanya setelah mendapat kerja. Dia tanya kenapa? Gaji tak cukup ke? Saya naikkan gaji kamu la.. Dalam hati saya berkata; bertuah punya bos. Aku minta naik gaji lama dah tak dapat sekali aku kata nak cari kerja lain dia nak naikkan gaji aku. Ini cubaan ni.
Saya jawab, buka isu gaji tetapi isu agama. Agama saya tak membenarkan saya terlibat dengan arak walaupun tak minum. Bos beritahu, tak mengapa, semua pelanggan arak tu saya bagi orang lain handle dan awak handle pelanggan lain. Saya jawab; ‘Tetapi dalam majalah masih ada iklan arak betul? Maka secara tidak langsung saya masih lagi terlibat atau bersubahat. Akhirnya bos saya akur dan bersetuju untuk benarkan saya berhenti setelah saya mendapat kerja.
Saya berjaya cari kerja kurang dari sebulan
Kadang-kala, Allah hadirkan mereka yang Belum Muslim untuk mengajar kita tentang agama kita sendiri. Dan dalam kes saya, Allah SWT hantarkan seorang sahabat lama saya untuk ingatkan saya tentang halal dan haram. Saya berjaya mencari kerja kurang dari sebulan selepas itu dengan tawaran gaji asas yang lebih tinggi. Itulah janji Allah SWT, setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Kita yakin atau ke tidak sahaja dengan janji Allah SWT.Saya doakan agar sahabat saya Alex Sue yang pada suatu masa amat dekat dengan Islam sehingga beliau menanggalkan segala tangkal yang ada padanya kerana sudah tidak percayakan padanya lagi akan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen..*di bawah adalah gambar saya bersama Mika Hakkinen pada tahun 2007 ketika promosi Formula 1 bersama Johhny Walker di Aloha Club, KL. Masa tu masih slim sikit…
Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services. Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component. Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods). Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees. When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties. Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.
0 Response to "Lelaki Ini Ditegur Rakan Sekerja Kerana Terlibat Dalam Pengiklanan Arak. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Amat BERMAKNA !!! "
Post a Comment