Sedekah Setiap Kali Keluar Rumah – Ustaz Ini Kongsi 3 Amalan Elak Anak Terjebak Perkara Tidak Baik


Sedekah Setiap Kali Keluar Rumah – Ustaz Ini Kongsi 3 Amalan Elak Anak Terjebak Perkara Tidak Baik


ustaz khalil header

Setiap ibubapa mesti mengharapkan zuriat mereka membesar menjadi orang yang berguna dan soleh semenjak dari dalam kandungan lagi. Namun, dengan dunia yang semakin mencabar hari ini, tanggungjawab membesarkan anak bukanlah mudah. Amat mengecewakan apabila melihat anak yang ditatang dari kecil menjadi degil, liar dan tidak mendengar kata.

Oleh itu, Ustaz Khailil Razak menyarankan ibubapa mengamalkan beberapa amalan ini untuk menghindarkan anak terjebak perkara yang tidak elok yang mungkin ramai tidak tahu. Penting!

Amalan nak hindar anak terjebak perkara tidak elok

  (Amalan untuk Ibu Ayah yang takut anak terjebak perkara/benda tak elok yang ramai mak ayah tak tahu) SAYA TAK BENARKAN SHARE SELAGI TAK HABIS BACA!

  Teringat saya pernah dapat nasihat daripada seorang maulana. Bagus untuk parenting. Namanya Maulana Jamal. Masa tu first time jumpa dengan Maulana Jamal di majlis kahwin Ustaz Khann Da’ie. Saya tau beliau ni adalah guru kepada isteri saya masa di madrasah. Maulana Jamal ajar isteri saya kitab bukhori.. Masa saya kawin dengan isteri saya hari pertama.

  Isteri saya minta satu permintaan “boleh saya minta sesuatu dengan awak?” Saya terdetik dalam hati “aik.. Baru je kawin dah nak permintaan?” Maklumlah kami tak pernah kenal. Hehe saya kata apa dia? “Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz-ustaz saya. Sebab saya sayang ustaz-ustaz yang pernah ajar saya agama sampai jadi alimah”

  Allahu. Saya ingat nak minta apa tadi. Saya kata insyaAllah. MasyaALlah dalam hati saya kalau lah semua pelajar Malaysia ada sifat dengan guru macam ni. Buat hubungan dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu. Berkatnya hidup.

  Saya sapa ustaz “Assalamualaikum. Ustaz.. Ustaz Jamal kan? Saya suami kepada anak Hj Aris Bangi. Boleh saya duduk makan sekali dengan ustaz?” Ustaz kata, “owhh masyaAllah silakan-silakan. Anta motivator pelajar ya?” Aik.. Saya peranjat macam mana ustaz tau. Saya kata “sikit-sikit la ustaz belajar-belajar cakap depan pelajar. Doakan saya ustaz.”

  Ustaz Jamal terus bagitau saya “Kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah. Boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!”

  Saya kata “MasyaAllah Ustaz boleh. Apa ek ustaz?”

Setiap kali keluar rumah bagi sedekah dekat masjid/madrasah secara sembunyi sambil doa

  Ustaz Jamal kata “Bagitau semua bapa. Buat amalan ni. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi. Masa masukkan duit dalam tabung RM1 ke RM10 ke. Masa tu niat dalam hati. YaAllah. Pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku. YaAllah. Pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku. Sebab apa.. Sebab begitu banyak batil-batil kejahatan yang ada yang kita susah nak kawal zaman ni. Hanya Allah boleh bantu. Sebab apa masa sedekah. Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan”

  Saya tak terfikir. Bila Ustaz Jamal cakap macam tu saya baru terfikir. Begitu banyaknya sekarang ni batil-batil yang berlaku di keliling kita. Anak-anak dengan terdedah dengan website-website yang tak elok. Wifi dan sebagainya. Suami pulak terdedah dengan perkara-perkara yang menjadi sebab maksiat. Isteri hari ni berapa ramai yang dikelilingi kebatilan. Bermesra dengan suami orang. Bergelak ketawa di office. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang. Benda-benda ni semua kita tak boleh nak kawal. Susah nak kawal. Hanya dengan amalan sahaja minta Allah pecahkan. YaAllah. Ampuni dosa kami.”

Bagi ibu pula amalkan baca doa selepas solat fardu, dimana waktu doa dimakbulkan

  Ustaz Jamal bagitahu lagi “Amalan ibu pula. Setiap lepas solat fardhu doa benda yang sama. Ya Allah. Pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku. YaAllah. Pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu. Hadith nabi sebut doa sangat makbul lepas solat fardhu.”

  “Jangan lupa hidupkan bacaan hadith dalam rumah sebab bacaan hadith ad nur. Akan masuk dalam hati anak-anak. Anak-anak dan kita sendiri sebagai ibu bapa yang tak dengar hadith 3 hari beturut-turut satu titik hitam melekat kat hati. Bayangkan begitu lama anak-anak kita tak dengar bacaan hadith nabi dalam rumah kita. Sebab tu hati kita gelap. Gelap dengan nur cahaya quran dan hadith. InsyaAllah ibu bapa yang jaga sungguh-sungguh bacaan hadith di rumah anak akan jadi taat dan lembut hati. Mudah taat perintah Allah dan mak ayah”

Amalkan bacaan hadith dalam rumah supaya anak taat dan lembut hati

  Saya tanya boleh Ustaz cadangkan baca kitab apa untuk kami orang awam ni? Ustaz jawab, “Kitab Muntakhab Ahadith karangan Maulana Yusuf Al Kandahlawi. Warna hitam cetakan baru. Baca setiap hari 5-10 minit dan setiap hadith ulang 3 kali. Supaya betul-betul meresap dalam hati tak perlu ulas-ulas.Baca sahaja.”

  YaAllah. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna untuk saya dan isteri saya dan semua orang. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yang Ustaz Jamal bagitau saya. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah-sekolah saya tak pernah lupa untuk bagitau perkara ni pada ibu bapa.

  YaAllah. Jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri suami kami, daripada maksiat dan dosa. Kami tak mampu yaAllah. Kami lemah. Dhoif. Ampunilah kami. Amiiiin

  Boleh tag share untuk suami atau isteri kita. Terus buat amalan ni.

  Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
Bb Bangi

____________________________________________________________


Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services. Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component. Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods). Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees. When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties. Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "Sedekah Setiap Kali Keluar Rumah – Ustaz Ini Kongsi 3 Amalan Elak Anak Terjebak Perkara Tidak Baik"

Post a Comment